![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
BUTTERWORTH, 9 Sep 25 – Pangkalan Udara Butterworth telah melaksanakan Minggu Keselamatan Pangkalan yang telah dirasmikan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Tan Lai Hock TUDM di Dewan Setia. Program ini telah dikoordinasikan oleh Pegawai Keselamatan Pangkalan, Mej Zairol Azreel bin Auzzir TUDM Bersama Komuniti Keselamatan PU Butterworth.
Program yang dianjur melibatkan komuniti setempat ini bertujuan bagi memupuk kesedaran pada anggota dan orang awam. Antara yang mengambil bahagian dalam pameran, ceramah dan demonstrasi untuk program ini adalah dari Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Pertahanan Awam, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan National Cancer Society Malaysia. Penyertaan juga melibatkan jualan produk dari BAKAT PU Butterworth, Koperasi Tentera, Pernama, Affin Bank, CIMB, Perodua, Proton dan Celcomdigi.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pada Majlis Pembukaan program ini, Komander Pangkalan telah menyempurnakan penyampaian Sijil Khidmat Terpuji kepada anggota yang telah menunjukkan ketelitian, keprihatinan serta dedikasi semasa menjalankan tugas. Semoga dengan pengiktirafan yang diberikan dapat menaikkan semangat anggaota yang lain agar lebih peka terhadap aspek keselamatan. Komander Pangkalan turut menyempurnakan penyampaian hadiah bagi pertandingan Video Keselamatan.
Turut hadir bagi memeriahkan Majlis Pembukaan ini adalah wakil dari agensi yang dijemput iaitu Asisten Komisioner Polis Dr. Ganesan Chinapan, Tim Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Pulau Pinang, Puan Siti Zuraida binti Napi, Ketua Bahagian Kanan Pengurusan, KJRK JPJ Pulau Pinang, Penolong Kanan Komisioner Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Khwaja Banthey Navaz Mohamed Haneef, Timbalan Pengarah Imigresen Kawalan Negeri Pulau Pinang, Penguasa Kanan Bomba 2 Johari bin Bar Azuar, Ketua Cawangan Pengurusan Balai Bahagian Operasi Negeri Pulau Pinang, Kol (PA) Lokman Hakim bin Abdul Rahman, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Pulau Pinang dan Asisten Superintendan Polis Nor Faizal bin Mohd Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Seberang Prai Utara.