PROGRAM MINGGU KESELAMATAN PANGKALAN UDARA SUBANG TAHUN 2025

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15

 

SUBANG, 11 Ogos 2025 - Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM telah merasmikan Program Minggu Keselamatan Pangkalan pada tahun ini dengan bertemakan ‘Be A Safety Hero, Accident Will Be Zero’.

Pelbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kesedaran serta menyampaikan maklumat terkini berkaitan aspek keselamatan dan kesihatan umum kepada semua warga Pangkalan Udara Subang. Selain itu, ceramah keselamatan domestik turut diadakan dengan tujuan meningkatkan kesedaran serta pengetahuan berkaitan isu keselamatan di Pangkalan Udara Subang. Dengan komitmen berterusan dalam memupuk budaya keselamatan yang tinggi, pihak Sel Keselamatan Pangkalan bertekad untuk mengekalkan kecemerlangan dalam Audit Pematuhan Piawaian Keselamatan Tahun 2025, seterusnya menjadikan Pangkalan Udara Subang sebagai contoh terbaik dalam aspek keselamatan domestik dan keselamatan penerbangan di peringkat TUDM.

Antara aktiviti yang telah diselaraskan adalah ceramah dari Institut Perubatan Penerbangan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS), Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cawangan Trafik Shah Alam dan Airport Fire and Rescue Services (AFRS) dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang.

Pada hari penutup Program Minggu Keselamatan, Komander Pangkalan Udara Subang telah menyempurnakan penyampaian Sijil Khidmat Terpuji (SKT) serta hadiah bagi Pertandingan Menulis Artikel Keselamatan, Pertandingan Poster Keselamatan, Pertandingan Poster Digital Keselamatan dan Pertandingan Video Keselamatan. Majlis turut diserikan dengan penganjuran aktiviti 10,000 Steps Safety Brisk Walk yang melibatkan penyertaan seluruh warga Pangkalan termasuk ahli BAKAT PU Subang. Diharapkan, penganugerahan dan pengiktirafan yang diberikan ini dapat menyuntik semangat warga Pangkalan untuk terus meningkatkan kepekaan terhadap aspek keselamatan di tempat kerja, kediaman mahupun di jalan raya demi kesejahteraan bersama.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN