BANDAR SRI SENDAYAN, 19 Jun 21 – BAKAT Pangkalan Udara Sendayan telah menyertai program ‘Training of Trainer’ anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) termasuk ahli BAKAT Kem Rasah dan juga beberapa badan NGO sekitar daerah Seremban secara atas talian (Microsoft Meeting) yang berlangsung selama 3 jam. Program ini telah disertai oleh Pengerusi BAKAT PU Sendayan, Puan Hjh Radziah binti Ismail serta 23 ahli BAKAT yang lain.
Antara intipati program tersebut adalah untuk berkongsi serta menambahkan informasi berkaitan penyalahgunaan dadah dan isu perlencongan sosial. Pihak AADK juga menerangkan beberapa fasa tindakan kolaboratif dalam menyekat permintaan dan penawaran perlencongan sosial yang melibatkan fasa pembersihan, pengekalan dan santuni.
Matlamat dari program ini, pengerusi BAKAT PU Sendayan mengharapkan agar semua ahli BAKAT peka terhadap kawasan berisiko tinggi (KBT) disekitar daerah Seremban serta dapat membimbing anak-anak dari segi memberi perhatian dan kasih sayang kepada mereka. Selain itu, pasangan juga harus saling menjalinkan hubungan komunikasi yang baik terutamanya pada hujung minggu demi menjamin keharmonian sesebuah keluarga. Turut serta di program ini adalah Komander Pangkalan Udara Sendayan, Kol Hj Ahmad bin Yusof TUDM dan Pegawai BAKAT PU Sendayan.