![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUMIRAN, 8 Nov 25 – Skuadron 330 TUDM telah berjaya melaksanakan Sambutan Family Day peringkat Skn 330 bertempat di Sumiran Eco Park & Resort. Family Day tahun ini membawa tema “Etnik Sarawak” yang menonjolkan keunikan budaya tempatan serta semangat perpaduan warga Skuadron.
Majlis ini turut dihadiri oleh Komander CRC 2, Kol Simanchalam a/l Letchumanan, Eksekutif² Skn, warga Skn 330 dan ahli keluarga masing-masing. Turut hadir memeriahkan suasana ialah Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Yusrizal bin Zain, bersama barisan Eksekutif Pangkalan. Kehadiran mereka jelas mencerminkan sokongan berterusan terhadap usaha memperkukuh kebersamaan dalam kalangan warga Skn 330.

Program ini diadakan bagi mengeratkan silaturahim serta memperkukuh esprit de corps antara pegawai, anggota dan ahli keluarga. Ia juga menjadi ruang untuk warga Skuadron merehatkan minda dan mengimbangi komitmen kerja dengan masa berkualiti bersama keluarga. Pelbagai aktiviti santai dan sukaneka turut dijalankan bagi mencipta suasana ceria dan harmoni.
Tema “Etnik Sarawak” menggambarkan kepelbagaian budaya seperti Iban, Melanau, Bidayuh dan Orang Ulu. Kepelbagaian ini membuktikan bahawa walau berbeza latar belakang, warga Skn 330 tetap bersatu di bawah satu bumbung. Dalam ucapan Komander CRC 2, beliau menyatakan harapan agar penganjuran seperti ini terus menjadi platform untuk memupuk perpaduan, semangat kekeluargaan dan keharmonian dalam kalangan warga Skuadron.











