Select your language

SEMINAR KELUARGA MAWADDAH PERINGKAT PANGKALAN UDARA KUANTAN TAHUN 2026

WhatsApp Image 2026 09 19 at 14.42.17 1 WhatsApp Image 2026 09 19 at 14.42.19 WhatsApp Image 2026 09 19 at 14.42.19 2
WhatsApp Image 2026 09 19 at 14.42.19 1 WhatsApp Image 2026 09 19 at 14.42.18 WhatsApp Image 2026 09 19 at 14.42.18 2
WhatsApp Image 2026 09 19 at 14.42.17 2 WhatsApp Image 2026 09 19 at 14.42.18 1 WhatsApp Image 2026 09 19 at 14.42.17

 

KUANTAN, 19 Sep 26 – Seminar Keluarga Mawaddah Peringkat Pangkalan Udara Kuantan telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Sep 26 bertempat di Auditorium INSPRA, Pangkalan Udara Kuantan.

Seminar yang bertemakan “Raikan Cinta, Eratkan Keluarga” ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Puan Fatinah ‘Azami binti Mahadzir, Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Pengurusan Keluarga, Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg Kol Baharin bin Mohamad TUDM, Komander Pangkalan Udara Kuantan, bersama isteri, YBhg Puan Rosdiana binti Mat Yakim, Pengerusi BAKAT Pangkalan Udara Kuantan dan YBhg Lt Kol Mohd Isyraqi bin Mustafa TUDM, Ketua Cawangan Tadbir Pangkalan Udara Kuantan.

Seminar ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 35 orang pegawai dan anggota bersama pasangan masing-masing. Penganjuran seminar ini bertujuan memperkukuh institusi kekeluargaan dalam kalangan warga Pangkalan Udara Kuantan, di samping menyemai kesedaran mengenai kepentingan komunikasi, kasih sayang, persefahaman dan tanggungjawab bersama dalam membina keluarga yang harmoni.

Pelbagai aktiviti yang melibatkan pasangan turut diadakan sepanjang seminar, sekali gus menjadikan program lebih interaktif dan bermakna. Aktiviti-aktiviti tersebut memberi ruang kepada para peserta untuk mengimbau kembali detik-detik awal perkenalan, mengenang kembali kenangan manis bersama serta menyemarakkan kembali rasa kasih dan penghargaan terhadap pasangan.

Pengisian seminar turut menekankan bahawa hubungan suami isteri perlu sentiasa dipupuk dengan kasih sayang, komunikasi yang baik, saling menghargai serta berlandaskan ajaran Islam. Rasulullah SAW sendiri merupakan contoh terbaik dalam melayani dan menyayangi ahli keluarga.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ، وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku.”

(Riwayat al-Tirmizi)

Hadis ini menjadi pedoman bahawa Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik dalam menyayangi, menghormati dan melayani ahli keluarga. Penganjuran Seminar Keluarga Mawaddah ini diharapkan dapat memperkukuh keharmonian rumah tangga serta membentuk keluarga warga Pangkalan Udara Kuantan yang sakinah, mawaddah dan rahmah.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN