Select your language

TUDM DAN CAAM PERKUKUH KERJASAMA PENGURUSAN DAN KAWALAN RUANG UDARA

1 2 3

 

SENDAYAN, 30 September 2026 – Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM) telah mengadakan sesi penggantian dan penyerahan kad lesen kepada Pegawai TUDM daripada Cawangan Kawalan Lalu Lintas Udara (KLLU) bertempat di Dewan Utama, Markas Pemerintahan Simpanan Tentera Udara (MPSTU), Pangkalan Udara Sendayan.

Turut hadir Komander Joint Airspace Management and Coordination Centre (JAMCC) Sepang, Brig Jen Mohd Shahfreen bin Baba TUDM serta beberapa Pegawai Kanan KLLU dan pegawai-pegawai KLLU yang bertugas di JAMCC dan Pangkalan Udara Sendayan.

Sesi ini merupakan antara bentuk kerjasama berterusan antara TUDM dan CAAM dalam memperkukuh hubungan serta penyelarasan antara kedua-dua organisasi, khususnya dalam aspek pengurusan dan kawalan ruang udara.

Kerjasama ini turut mencerminkan komitmen bersama dalam memastikan kelayakan dan kompetensi pegawai yang terlibat dalam pengurusan lalu lintas udara sentiasa dipelihara selaras dengan keperluan serta peraturan penerbangan yang berkuat kuasa.

TUDM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada CAAM atas kerjasama serta komitmen yang diberikan dalam menjayakan sesi ini. Kerjasama berterusan antara TUDM dan CAAM diharap dapat terus diperkukuh bagi memastikan penyelarasan dan pengurusan ruang udara negara dilaksanakan secara selamat, teratur dan berkesan demi kepentingan operasi penerbangan awam dan ketenteraan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN