![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 29 Ogos 2025 - Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli merasmikan gimnasium Pangkalan Udara Kuantan, hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda disambut Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM; Pengelola Bijaya Diraja Utama, Mej Jen Dato’ Mohamed Zahari bin Dato’ Haji Yahya TUDM serta Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brigedier Jeneral Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM.
Panglima Tentera Udara dan warga TUDM ingin merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku di atas perkenan kurniaan peralatan-peralatan gimnasium untuk kegunaan warga Pangkalan Udara Kuantan. Sesungguhnya pengurniaan tersebut menzahirkan keprihatinan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku terhadap kelestarian warga TUDM.