![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 7 Ogos 2025 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Kolonel Hamidi bin Hashim TUDM di pejabat beliau hari ini.
Kunjungan ini diadakan bersempena dengan pelantikan Kolonel Hamidi bin Hashim TUDM sebagai Komander Pangkalan Udara Labuan yang baharu. Tahniah diucapkan kepada Kolonel Hamidi bin Hashim TUDM. Semoga dapat menggalas amanah yang diberikan seiring dengan kehendak perkhidmatan ATM.