![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 23 Disember 2020 – Mantan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Roshaimi bin Zakaria TUDM telah melaksanakan kunjungan persaraan ke atas Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Haji Mohammad Salleh bin Haji Osman TUDM bertempat di Markas Pemerintahan Operasi Udara pada hari ini.
Dalam kesempatan itu, beliau telah dibawa melawat galeri MPOU yang ditempatkan sejarah-sejarah operasi dan eksesais melibatkan TUDM. Seterusnya, Beliau telah dibawa ke Air Force Operation Center (AFOC) dan telah diberikan taklimat mengenai peranan, fungsi dan pengoperasian AFOC. Mengakhiri kunjungan, beliau telah dibawa berkunjung Eagle Eye iaitu ruang rehat pegawai-pegawai MPOU untuk menikmati jamuan ringan.