![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
GEMAS, 12 Ogos 2025 - Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah hadir bagi menyaksikan Latihan Kuasa Tembakan Tahun 2025 (LKT 2025) di Lapang Sasar Gemas, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.
LKT yang dilaksanakan pada setiap tahun ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para penuntut Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia Bersama (KPSMB) dari Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) bagi memahami dengan lebih jelas konsep combined arms manoeuvre atau gerakan tempur gabungan pelbagai senjata serta aplikasi kuasa tembakan dalam operasi.
Pelaksanaan LKT pada kali ini telah bermula dari 1 hingga 12 Ogos 2025 dan melibatkan hampir 2,500 perwira serta gabungan aset-aset daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM, iaitu Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selari dengan doktrin operasi bersama yang menjadi teras kepada pertahanan negara. Antara aset-aset TUDM yang terlibat dalam LKT ini adalah pesawat Su-30MKM, F/A-18D Hornet dan EC725.
Buat julung kalinya, LKT mencatat penyertaan bersejarah daripada Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) yang terlibat dalam Segmen Direct Fire Support Base (DFSB). Penyertaan ini sekali gus mencerminkan semangat kerjasama pertahanan yang padu dalam usaha memperkukuh konsep Pertahanan Menyeluruh (Total Defence).
Selain itu, latihan pada kali ini juga mempamerkan penggunaan teknologi moden di medan pertempuran melalui aset Unmanned Aerial System (UAS) FlyEye yang digunakan secara berkesan untuk melaksanakan misi Target Acquisition (Pemerolehan Sasaran) dan Battle Damage Assessment (BDA) secara masa nyata sebagai bukti kesiapsiagaan ATM dalam mengadaptasi teknologi terkini untuk meningkatkan keberkesanan operasi.
Turut hadir menyaksikan acara adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar; Timbalan Menteri Pertahanan, Tuan Haji Adly bin Zahari; Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan; Presiden PUSPAHANAS, Laksamana Madya Datuk Sabri bin Zali; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM dan pegawai-pegawai kanan termasuk penuntut Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia dari Maktab Turus Angkatan Tentera serta anggota LLP ATM.