LAWATAN KERJA RASMI COMMANDER OF U.S INDO-PACIFIC COMMAND KE MALAYSIA

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12

 

KUALA LUMPUR, 29 Mei 2025 – Commander of U.S. Indo-Pacific Command, Admiral Samuel J.Paparo telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Malaysia pada hari ini di Wisma Pertahanan.

Ketibaan beliau di Wisma Pertahanan telah disambut oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM mewakili Panglima Angkatan Tentera bersama Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman. Admiral Samuel J.Paparo telah diberi penghormatan selaku tetamu negara sebagai penghormatan tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD). Beliau seterusnya diperkenalkan dengan Pegawai-pegawai Kanan ATM yang turut menyambut.

Dalam rangka lawatan ini, Admiral Samuel J.Paparo turut membuat Kunjungan Hormat ke atas Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin di Pejabat Menteri Pertahanan, Wisma Pertahanan sebagai sebahagian pengisian program lawatan rasmi ke Malaysia.

Kedua-kedua pemimpin turut berbincang mengenai kerjasama strategik serta hubungan diplomasi pertahanan di antara dua buah negara. Kedua pemimpin tertinggi saling berkongsi pandangan dan berharap mempererat kerjasama dalam kerangka Indo-Pasifik yang strategik dan dinamik.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer