LAWATAN PENGHARGAAN PANGLIMA TENTERA UDARA KE SLTT

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15
16 17 18
19 20 21

 

BUKIT IBAM, 18 Jun 2025 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah melaksanakan Lawatan Penghargaan Sekolah Latihan Tempur TUDM (SLTT) Bukit Ibam, Pahang. Turut bersama adalah isteri beliau, Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan selaku Pengerusi Jemaah BAKAT Udara (JBU) yang turut melaksanakan Lawatan Penghargaan ke BAKAT Udara SLTT.

Ketibaan Panglima Tentera Udara dan isteri telah disambut oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Raymond bin Radsung TUDM dan isteri, Puan Marysia Johny. Panglima Tentera Udara kemudiaannya telah diberi penghormatan untuk mengambil tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang didirikan oleh SLTT yang terdiri daripada dua (2) pegawai dan 99 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

Seusai KKU, Panglima Tentera Udara mengikuti tahlil ringkas dan doa selamat di Surau As-Syakirin diikuti dengan acara menanam pokok sebagai simbolik lawatan penghargaan Panglima Tentera Udara. Panglima Tentera Udara kemudiaannya mengadakan sesi ramah mesra bersama warga SLTT di Dewan Komatra.

Terdahulu, Panglima Tentera Udara menyempurnakan penyampaian sumbangan kebajikan kepada sembilan (9) anggota dan waris yang menghidap penyakit kronik. Panglima Tentera Udara semasa sesi pertemuan tersebut telah menzahirkan ucapan menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kepada warga pangkalan di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada beliau sepanjang memegang tampuk pemerintahan. Beliau berharap agar seluruh warga pangkalan meneruskan legasi kecemerlangan TUDM dan sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan rasa tanggungjawab agak kedaulatan negara terus terpelihara. Mengakhiri sesi ramah mesra, Pegawai Memerintah SLTT menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada Panglima Tentera Udara sebagai menzahirkan penghargaan di atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang memegang tampuk pemerintahan.

Pada masa yang sama, Pengerusi JBU pula telah mengadakan lawatan ke Rumah BAKAT Udara SLTT. Dalam lawatan tersebut, Pengerusi JBU telah dipersembahkan dengan demo kraf tangan serta masakan yang mempamerkan kebolehan ahli-ahli BAKAT Udara SLTT. Semasa lawatan ini juga, Pengerusi JBU turut mengambil kesempatan menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh ahli BAKAT Udara pangkalan yang telah memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan institusi BAKAT dalam memastikan kebajikan keluarga setiasa terbela. Mengakhiri lawatan, Pengerusi JBU telah menerima cenderahati daripada Pengerusi BAKAT Udara SLTT sebagai tanda penghargaan dan terima kasih. Beliau juga turut menyempurnakan acara menanam pokok dan merasmikan Taman Bunga Rumah BAKAT SLTT.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer