![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 28 Mei 2025 – Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) telah mengadakan Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang Panglima Operasi Udara dan Ketua Staf bertempat di Mes Wira Angkasa, Pangkalan Udara Subang.
Majlis ini diadakan bersempena dengan Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM yang akan bersara tidak lama lagi. Selain itu, majlis ini juga diadakan sempena Ketua Staf MPOU, Mej Jen Dato’ Hj Norli Hisham bin Alwi TUDM yang akan bertukar keluar ke Markas Wilayah Udara 2.
Tujuan utama majlis ini diadakan bagi menghargai jasa khidmat bakti serta perngorbanan tidak ternilai yang diberikan oleh Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM dan Mej Jen Dato’ Hj Norli Hisham bin Alwi TUDM sepanjang memegang tampuk pemerintahan di MPOU.
Malam yang penuh momen suka dan duka ini diakhiri dengan penyampaian cendera kenangan kepada Panglima Operasi Udara dan Ketua Staf yang disampaikan oleh Pengarah A3 MPOU, Kol Rozman Shah bin Abd Rahman TUDM. Dalam majlis ini juga, Panglima Operasi Udara turut menyampaikan satu cendera kenangan kepada MPOU untuk dijadikan kenangan sepanjang masa. Seluruh warga MPOU mengucapkan selamat bersara kepada Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM dan selamat maju jaya di tempat baharu juga diucapkan kepada Mej Jen Dato’ Hj Norli Hisham bin Alwi TUDM.