MAJLIS PELANCARAN KAJIAN SEPARUH PENGGAL KERTAS PUTIH PERTAHANAN

WhatsApp Image 2025 09 11 at 20.42.39 1 WhatsApp Image 2025 09 11 at 20.42.39 WhatsApp Image 2025 09 11 at 20.42.39 3
WhatsApp Image 2025 09 11 at 20.42.39 7 WhatsApp Image 2025 09 11 at 20.42.39 2 WhatsApp Image 2025 09 11 at 20.42.40 4
WhatsApp Image 2025 09 11 at 20.42.39 9 WhatsApp Image 2025 09 11 at 20.42.40 WhatsApp Image 2025 09 11 at 20.42.40 2

 

KUALA LUMPUR, 11 Sep 25 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM telah hadir ke Majlis Pelancaran Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan (KSP KPP) mewakili Panglima Tentera Udara bertempat di Hotel Royal Chulan, hari ini. Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin.

KSP KPP merupakan sebuah dokumen strategik yang akan memandu hala tuju pertahanan negara bagi tempoh 2026 hingga 2030 di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Kajian ini dilaksanakan bagi menilai pencapaian Kertas Putih Pertahanan sejak ia diluluskan di Parlimen pada tahun 2019 serta mengenal pasti jurang pelaksanaan untuk penambahbaikan dasar dan keupayaan pertahanan negara.

WhatsApp Image 2025 09 11 at 20.42.40 1 WhatsApp Image 2025 09 11 at 20.42.40 5 WhatsApp Image 2025 09 11 at 20.42.40 3
WhatsApp Image 2025 09 11 at 20.42.39 5 WhatsApp Image 2025 09 11 at 20.42.39 8 WhatsApp Image 2025 09 11 at 20.42.39 6

 

Dalam separuh penggal pertama, beberapa pencapaian penting telah direkodkan seperti Angkatan Masa Hadapan (AMH), Keupayaan Aset, Hubungan antarabangsa dan warga pertahanan.

KSP KPP merupakan manifestasi komitmen kerajaan untuk memastikan Malaysia kekal selamat, berdaulat dan makmur dalam menghadapi cabaran keselamatan yang semakin kompleks. Kejayaannya memerlukan kesepaduan kesemua lapisan masyarakat, dari kepimpinan politik sehingga rakyat jelata, kesemua kementerian dan agensi kerajaan, pemain industri, institusi pengajian tinggi, dan badan bukan kerajaan agar pertahanan negara diperkukuh secara menyeluruh demi kesejahteraan dan kedaulatan negara.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
Β 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN