MAJLIS PELUNCURAN INISIATIF PENDIDIKAN YAYASAN LTAT TAHUN 2025

1 2 3
4 5 8
12 15 19

 

KUALA LUMPUR, 15 Julai 2025 - Kementerian Pertahanan melalui Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) meluncurkan lima inisiatif pendidikan baharu sebagai usaha meningkatkan kesejahteraan anak-anak dan keluarga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Majlis Peluncuran Inisiatif Pendidikan Yayasan LTAT 2025 telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir di majlis ini ialah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari; Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali; Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM mewakili Panglima Tentera Udara; Pengerusi LTAT, Jen Tan Sri Dato’ Sri Azizan Ariffin TUDM (Bersara); serta Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Dato’ Dr. Mohd Nizar Haji Sudin serta pegawai-pegawai Kanan dari Lembah Klang.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN