![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 26 Ogos 2025 – Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menyempurnakan majlis pemakaian sayap penerbangan bagi Jurusensor Senjata, Jurusensor Senjata-Maritim, Jurumalim, Jurutera Penerbangan dan Kuartermaster Udara bagi Tahun 2025 yang berlangsung hari ini di Auditorium Air Warfare Centre, Pangkalan Udara Subang.
Seramai 38 orang pegawai dan anggota TUDM serta TLDM telah menerima sayap penerbangan pada hari ini setelah berjaya menamatkan kursus masing-masing yang dikendalikan oleh Markas Wilayah Udara 1 dan Markas Wilayah Udara 2.
Dalam majlis ini, Panglima Tentera Udara turut menyampaikan Anugerah Penuntut Kursus Terbaik bagi setiap kursus. Mereka yang menerima pengiktirafan tersebut adalah:
Penuntut Terbaik Kursus Asas Jurusensor Senjata (Su-30MKM Siri 35/23) -
Kapt Syed Muhammad Heidhiar bin Syed Osman TUDM
Penuntut Terbaik Kursus Asas Jurusensor Senjata-Maritim (CN-235 Siri 08/23) -
Lt Muhammad Khairrudin bin Yahya TUDM
Penuntut Terbaik Kursus Asas Jurusensor Senjata-Maritim (CN-235 Siri 09/24) -
Lt Muhammad Izzat Najmi bin Mat Desa TUDM
Penuntut Terbaik Kursus Asas Jurumalim (C130H Siri 02/23) -
Lt Muhammad Zulhafizie bin Mat Zam TUDM
Penuntut Terbaik Kursus Peralihan Asas Jurutera Penerbangan (C130H Siri 01/22) -
Kapt Muhd Dinie bin Muhd Ali TUDM
Penuntut Terbaik Kursus Asas Kuartermaster Udara (CN-235 Siri 17/24) -
Sjn U Muhammad Nazhim bin Mohd Zaki
Penuntut Terbaik Kursus Peralihan Kuartermaster Udara (AW139 Siri 02/24) -
Bkn TLS Zhafri bin Zahrim Bak
Penuntut Terbaik Kursus Peralihan Kuartermaster Udara (EC725 AP Siri 2114/24) -
Sjn U Muhamad Firas Amry bin Zolkifli
Penuntut Terbaik Kursus Kuartermaster Udara Peningkatan Kelas II Peralihan (C130H Siri 01/24) -
Sjn U Muhammad Amir Hakim bin Zulkifli
Dalam ucapan beliau, Panglima Tentera Udara menegaskan bahawa kerjaya sebagai anak kapal bukan sekadar profesion tetapi satu komitmen yang menuntut dedikasi, disiplin serta semangat juang tinggi. Beliau turut mengingatkan kepada para penerima sayap penerbangan bahawa sentiasa tajam pemikiran, cergas fizikal dan bersedia pada setiap masa.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM; Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato’ Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM serta pegawai-pegawai kanan TUDM.
Tahniah dan syabas kepada semua penerima sayap. Semoga terus berkhidmat dengan penuh dedikasi serta menjunjung tinggi nilai-nilai teras TUDM iaitu Integriti (Integrity), Kecemerlangan (Excellence), Keberanian (Courage), Semangat Setia Kawan (Espirit De Corp) dan Perkhidmatan Melebihi Kepentingan Diri (Service Before Self).