MAJLIS PEMASYURAN HALL OF FAME MAKTAB TURUS ANGKATAN TENTERA KE-18

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15

 

PUTRAJAYA, 26 Mei 2025 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah hadir dan menyaksikan Majlis Pemasyhuran Commander in Chief of Lebanese Armed Forces (CIC LAF), General Rodolph Haykal sebagai ahli ke-18 Hall of Fame (HOF) Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) bersempena lawatan kerja rasmi tiga hari beliau ke Malaysia bertempat di Dewan Hikmat, Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya hari ini.

Pemasyhuran General Rodolph Haykal sebagai HOF Ke-18 telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar bersama Duta Lubnan ke Malaysia, His Excellency George Bitar Ghanem. Sesi pemasyhuran ini meletakkan matlamat untuk mengiktiraf dan menghargai jasa serta pencapaian cemerlang General Rodolph Haykal yang merupakan alumni bagi kohort siri 45/2016, MTAT.

Sejak penubuhannya pada tahun 1972, MTAT telah memberikan penghormatan tertinggi kepada alumni terpilih melalui anugerah HOF bagi mengiktiraf khidmat bakti dan kecemerlangan yang telah dipamerkan dari kalangan pemimpin atau pemerintah tertinggi tentera serta mereka yang telah memegang pangkat dan tanggungjawab yang setara di institusi kebangsaan dan antarabangsa yang berprestij.

Sesungguhnya pemasyuran General Rodolph Haykal yang telah menabur bakti selama 35 tahun kepada Lebanese Armed Forces ini merupakan simbol penzahiran penghargaan oleh institusi pengajian ketenteraan Negara buat para alumninya untuk terus kekal komited, dedikasi dan berwibawa dalam memimpin angkatan yang diterajui.

Turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Darat mewakili Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato' Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain; Komandan MTAT, Brig Jen Zamsari bin Abu Hasan; Ahli Lembaga Gabenor; Pegawai-Pegawai Kanan ATM, Alumni MTAT Kohort siri 45/2016 serta para penuntut Kursus Turus siri 54/2025.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
Β 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer