![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
BANGI, 1 Ogos 2025 – Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Commander Course Siri 20/25 telah disempurnakan oleh Lt Jen Dato’ Haji Muhammad Tarminzi bin Haji Mustapha TUDM, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara di Bangi Hotel Resort, Selangor.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Kol Narulnizam bin Razali TUDM, Komander Pangkalan Udara Sendayan, Lt Kol Syaffiza bin Abdul Razak TUDM, Pegawai Memerintah INSKEP dan barisan para pegawai. Kursus yang bermula dari 21 Jul hingga 1 Ogos 25 telah dihadiri oleh 20 x pegawai kanan berpangkat Lt Kol TUDM dan Komander TLDM dari pelbagai tred serta unit.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk melatih para pegawai melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang berkaitan dengan pelantikan mereka di peringkat eksekutif unit. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk melatih dan memantapkan keupayaan para pegawai dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab selaras dengan pelantikan mereka di peringkat eksekutif unit.
Sepanjang kursus ini berlangsung, peserta kursus telah didedahkan dengan dua (2) modul pembelajaran iaitu Command Perspective dan -Management Perspective yang disampaikan oleh pensyarah jemputan dalam kalangan pegawai-pegawai kanan TUDM dan ATM.
Antara pensyarah jemputan yang hadir bagi menyampaikan syarahan dan berkongsi pengalaman adalah Jen Tan Sri Dato' Sri Affendi bin Buang TUDM (Bersara), Mantan Panglima Angkatan Tentera, Lt Jen Dato' Masro bin Kaliwon TUDM, Panglima Operasi Udara, Mej Jen Dato’ Haji Shamsudin bin Kassim TUDM, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Omar bin Haji Dawawi TUDM, Ketua Pengarah Perancang Pembangunan, Brig Jen Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM, Inspektorat Jeneral Tentera Udara, Brig Jen Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM, Ketua Staf - MAWILUD 1 dan beberapa lagi pegawai kanan dari pelbagai markas dan pangkalan.
Mengakhiri ucapan penutup, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara berharap agar enam (6) tonggak utama Transformasi TUDM dijadikan panduan dalam memperkukuh keupayaan dan kesiapsiagaan angkatan udara. Tunggak tersebut yang meliputi pengurusan cekap, pembangunan modal insan, integrasi sokongan, hala tuju strategik, kebajikan warga dan kesiapsiagaan operasi. Pelaksanaan berfasa akan dilaksanakan bagi memastikan TUDM kekal moden, profesional dan bersedia menghadapi cabaran semasa serta selari dengan modul kursus yang diajarkan.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat dengan kursus ini dan diharap ahar pelaksanaan kursus ini dapat menjadi nilai tambah kepada kualiti sebagai seorang pegawai TUDM yang akan menyandang jawatan penting dalam perkhidmatan pada masa akan datang.