![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SENDAYAN, 5 Ogos 2025 – Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU), Lt Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Latihan Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) antara Kol Hamidi bin Hashim TUDM dan Kol Engku Faizal bin Engku Mustaffa TUDM.
Majlis ini turut disaksikan oleh Ketua Staf MPPLU, Brig Jen Norazman bin Ismail TUDM serta para pegawai dan staf markas. Seluruh warga MPPLU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kol Hamidi bin Hashim TUDM atas segala jasa bakti serta kepimpinan cemerlang sepanjang berkhidmat di MPPLU.
Sekalung tahniah dan selamat maju jaya juga diucapkan kepada Kol Engku Faizal bin Engku Mustaffa TUDM atas pelantikan sebagai Pengarah Latihan MPPLU yang baharu bagi meneruskan kecemerlangan dan kesinambungan visi organisasi.