![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 28 Januari 2025 β Markas Pemerintahan Bantuan Udara telah mengadakan majlis tahlil, bacaan Yaasin dan doa selamat bertempat di Auditorium Markas Pemerintahan Bantuan Udara hari ini.
Majlis ini telah dihadiri oleh Panglima Bantuan Udara, Mejar Jeneral Datoβ Masro bin Kaliwon TUDM serta Pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan anggota TUDM. Tahlil, bacaan Yaasin dan doa selamat telah dipimpin oleh PW II Muhammad Sabaruddin bin Abdul Samad, Pegawai Agama Markas Pemerintahan Bantuan Udara.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memohon keberkatan serta keredhaan dari Allah SWT agar warga TUDM sentiasa dilindungi dan selamat dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dari sebarang kejadian yang tidak diingini. Warga TUDM yang hadir turut bersama-sama mendoakan kesejahteraan seluruh warga TUDM dan keluarga di tahun baru ini dan masa mendatang.