MESYUARAT LEMBAGA GABENOR PENDIDIKAN DAN LATIHAN TUDM SIRI 34/25

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

PULAU CAREY, 19 Ogos 2025 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato' Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Gabenor (BOG) Pendidikan dan Latihan TUDM Siri 34/25 yang berlangsung pada 18 dan 19 Ogos 2025 bertempat di Pulau Carey, Selangor.

Mesyuarat anjuran MTU-Bahagian Sumber Manusia ini diadakan bagi membentangkan prestasi pelaksanaan aktiviti/kursus penggal pertama tahun 2025 di samping membentangkan kedudukan kewangan dan perbelanjaan bagi setiap aktiviti/kursus yang telah dilaksanakan. Selain itu, perbincangan turut merangkumi permohonan kursus tambahan daripada setiap markas dan ketukangan sebagai usaha memperkukuh pembangunan modal insan warga udara.

Kepentingan pelaksanaan BOG ini adalah sebagai platform strategik dalam memastikan semua dasar, hala tuju serta perancangan pendidikan dan latihan TUDM mengikut sepertimana yang dirancang, selaras dengan aspirasi pembangunan keupayaan TUDM sebagai kuasa udara yang kredibel. Ia juga berperanan sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap keberkesanan pelaksanaan kursus serta kecekapan pengurusan sumber latihan.

Dalam ucapan, Timbalan Panglima Tentera Udara menekankan kepentingan mengekalkan standard latihan yang tinggi bagi melahirkan warga udara yang kompeten, berdisiplin dan bersedia menghadapi cabaran semasa. Beliau turut berpesan agar setiap markas dan Tred Master untuk terus proaktif dalam mengenal pasti keperluan latihan semasa serta memastikan setiap kursus yang dilaksanakan memberi impak maksimum kepada kesiagaan dan kecemerlangan operasi TUDM.

Turut hadir di mesyuarat ini adalah Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato' Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM, Trade Master setiap ketukangan serta wakil-wakil dari setiap Markas Pemerintahan dan Formasi.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN