MESYUARAT PEMERINTAHAN PANGLIMA OPERASI UDARA SIRI 1/2021

WhatsApp Image 2021 03 26 at 201036 WhatsApp Image 2021 03 26 at 201036 1 WhatsApp Image 2021 03 26 at 201038

 

PULAU PINANG, 26 Mac 21 - Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM hari ini telah menyempurnakan Perasmian Mesyuarat Pemerintahan Panglima Operasi Udara Siri 1/2021.

Mesyuarat dwi-tahunan ini adalah merupakan satu platform bagi Panglima Operasi Udara untuk menyampaikan arahan dan dasar-dasar baharu dan semasa berkaitan operasi kepada semua peringkat Komander. Interaksi secara terus di antara kumpulan pimpinan tertinggi TUDM dengan Komander di bawah pemerintahan MPOU ini diharap dapat menjana percambahan idea dan perbincangan yang positif demi menentukan segala arahan dan dasar yang diputuskan dapat dilaksanakan sebaik-baiknya.

Hadir sama di mesyuarat ini adalah Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Zahani bin Zainal Abidin TUDM dan Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Shamsuddin bin Kassim TUDM.