PANGLIMA OPERASI UDARA MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KOMANDER PANGKALAN UDARA SUBANG

1 2
3 4

 

SUBANG, 17 Julai 2025 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM bertempat di pejabat beliau hari ini.

Kunjungan hormat ini merupakan kunjungan rasmi pertama Komander PU Subang kepada beliau selaku Panglima Operasi Udara. Pertemuan ini memberi peluang kepada beliau untuk bertukar pandangan serta menyampaikan amanat kepada pemimpin di bawah naungan untuk melaksanakan tugas selari dengan kehendak pucuk pimpinan baharu TUDM dan memastikan setiap perancangan operasi pangkalan dapat dilaksanakan dengan teratur serta mendokong misi dan visi TUDM.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN