PANGLIMA TENTERA UDARA MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA BAKAL PENASIHAT DAN PENOLONG PENASIHAT PERTAHANAN MALAWAKIL LUAR NEGARA

1 4 5
6 7 8

 

KUALA LUMPUR, 14 Jul 2025 – Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Kanan dan pegawai ATM yang bakal melaksanakan tugas sebagai Penasihat serta Penolong Penasihat Pertahanan Malawakil Luar Negara di pejabat beliau hari ini.

Pertemuan ini melibatkan Brig Jen Dato’ Shahir Hafizul bin Abd Rahman, Kol Sazili bin Ghazali, Kol Effendy bin Jalani TUDM dan Mej Abdul Munir bin Mohani.

Dalam pertemuan tersebut, Panglima Tentera Udara merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta berharap agar Pegawai Kanan dan pegawai ATM tersebut dapat menjalankan tugas dengan profesional serta memikul amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya dalam menjaga nama baik negara amnya dan ATM khasnya.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN