![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 4 Ogos 2025 – Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Defence Attaché Pertahanan Kedutaan Republik Perancis, Colonel Pierre Millet serta penggantinya, Colonel Stefan Stefancic di pejabat beliau.
Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada rangka lawatan perpisahan Colonel Pierre Millet yang akan menamatkan penugasan beliau di Malaysia, selain memperkenalkan Colonel Stefan Stefancic sebagai Defence Attaché yang baharu.
Dalam pertemuan ini, Panglima Tentera Udara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama dan sumbangan Colonel Pierre Millet sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di negara ini. Beliau turut mengalu-alukan kehadiran Colonel Stefan Stefancic serta berharap hubungan pertahanan dua hala antara Malaysia dan Perancis akan terus diperkukuh.