PANGLIMA TENTERA UDARA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KOMANDER MALBATT 850-12

1 2 3

 

KUALA LUMPUR, 25 November 2025 – Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Komander MALBATT 850-12, Kol Johan Effendi bin Hj Mohd Shalleh di pejabat beliau hari ini.

Kol Johan Effendi bin Hj Mohd Shalleh baru sahaja kembali ke tanah air setelah menamatkan penugasan sebagai Komander MALBATT 850-12 di Lubnan. Panglima Tentera Udara turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan pelaksanaan misi berkenaan serta menzahirkan penghargaan terhadap profesionalisme, kesiapsiagaan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh seluruh warga MALBATT 850-12 sepanjang penugasan mereka.

Turut hadir dalam sesi kunjungan tersebut ialah Timbalan Komander MALBATT 850-12, Lt Kol Firdaus bin Shah Budin dan Pegawai Staf 1 Tadbir MALBATT 850-12, Lt Kol Mohd Noradzhar bin Hadzir TUDM.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN