PANGLIMA TENTERA UDARA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA

1 2 3
4 5 6

 

KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2025 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan bin Mydin Pitchay di pejabat beliau hari ini.

Panglima Tentera Udara menyambut baik kehadiran Tan Sri Ayob Khan dan ia juga merupakan pertemuan pertama antara kedua-dua pucuk pimpinan bagi memperkukuhkan hubungan strategik antara TUDM dan PDRM serta membincangkan peluang kerjasama di masa akan datang.

Turut sama dalam kunjungan hormat ini adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM, CP Dato’ Hussein Omar Khan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN