Select your language

PANGLIMA TENTERA UDARA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PERSARAAN PRESIDEN PUSPAHANAS

DSC 3559 DSC 3570
DSC 3585 1 DSC 3591

 

KUALA LUMPUR, 10 Ogos 26 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM menerima kunjungan hormat persaraan daripada Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Laksamana Madya Datuk Sabri bin Zali di pejabat beliau, hari ini.

Pertemuan bersempena persaraan beliau yang bakal tiba itu berlangsung dalam suasana penuh mesra dan menjadi wadah mengenang kembali hubungan kerjasama serta pengalaman sepanjang perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Panglima Tentera Udara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala khidmat bakti, jasa dan sumbangan beliau kepada ATM serta mendoakan agar sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan kejayaan dalam fasa kehidupan seterusnya.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN