TAHNIAH TLDM DI ATAS PENAMAAN DAN PELANCARAN KAPAL TEMPUR PESISIR 2

1 4 5
6 7 8
9 10 11
12 13 15
16 17 19
20 21 22
23 24 26

 

LUMUT, 3 Jul 2025- DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor telah berkenan untuk mencemar duli ke Majlis Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Kedua, Second Generation Patrol Vessel Berkeupayaan Littoral Combat Ship (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia di limbungan Lumut Naval Shipyard (LUNAS), Pangkalan TLDM Lumut hari ini.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM dan isteri, Datin Sri Hjh Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor telah hadir menyaksikan majlis bersejarah tersebut.

DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor selaku Royal Sponsor turut berkenan menamakan Kapal LCS 2 sebagai Kapal Diraja (KD) Raja Muda Nala, disaksikan bersama oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Nama RAJA MUDA NALA dipilih sebagai simbol keazaman, keberanian dan semangat juang tokoh tersebut dalam mempertahankan kedaulatan negeri Selangor. Penamaan ini melambangkan kesinambungan warisan kepahlawanan diraja dalam memartabatkan pertahanan maritim negara masa kini. Upacara penamaan dan pelancaran kapal adalah merupakan upacara tradisi tentera laut sejak Royal Navy ditubuhkan sebagai identiti sebelum kapal baharu ditauliah dalam perkhidmatan TLDM.

Majlis penamaan kapal LCS 2 ini merupakan satu lagi pencapaian bermakna Kementerian Pertahanan dalam pelaksanaan projek nasional. Ianya merupakan sebahagian daripada perancangan strategik TLDM dalam memperkukuh kesiagaan armada menerusi pemilikan aset berteknologi tinggi, berkemampuan tempur dan berkeupayaan melaksanakan pelbagai operasi maritim demi mempertahankan kedaulatan perairan negara.

Turut hadir ke majlis tersebut adalah Menteri Kewangan II, YB Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari; Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam Jaffar; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian dan Angkatan Tentera Malaysia.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN