PENUTUP RASMI EKSESAIS AIR THAMAL 33/2025 DI WING 1, KORAT

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15
16 17 18

 

KORAT, 10 Jul 2025 – Eksesais dua hala antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Royal Thai Air Force (RTAF), Air Thamal 33/2025, melabuhkan tirai dalam satu majlis penutup yang berlangsung penuh penghormatan di Wing 1, Korat, Thailand.

Majlis penutup telah disempurnakan bersama oleh Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM dan Commander in Chief of the Royal Thai Air Force, Air Chief Marshal Punpakdee Pattanakul, sebagai simbol solidariti dan kejayaan bersama.

Eksesais tahun ini menyaksikan kerjasama erat dalam aspek taktikal udara, pengendalian bersama misi dan peningkatan kebolehoperasian antara kedua-dua angkatan udara. Ia juga memperkukuh kepercayaan serta memperluas pemahaman strategik di antara anggota yang terlibat.

Dalam ucapannya, Panglima Tentera Udara, menzahirkan penghargaan atas komitmen dan semangat kerjasama yang dipamerkan oleh para peserta sepanjang eksesais ini berlangsung. Beliau juga menyatakan keyakinan bahawa hubungan erat ini akan terus diperkasa demi keselamatan dan kestabilan serantau.
Eksesais Air Thamal 33/2025 berakhir dengan penuh jayanya, membuktikan bahawa apabila dua angkatan udara bersatu, langit menjadi ruang yang lebih selamat dan lebih kukuh untuk kedua-dua buah negara.

Delegasi Panglima Tentera Udara turut disertai oleh Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM dan Panglima Wilayah Udara 1, Mejar Jeneral Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN