![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 15 Jun 2025 - BAKAT PU Subang telah menganjurkan Pertandingan Petanque BAKAT Udara Tahun 2025 bertempat di Gelanggang Petanque, PU Subang.
Objektif penganjuran Pertandingan Petanque BAKAT Udara Tahun 2025 adalah seperti berikut:
1. Meningkatkan kemahiran sukan petanque di kalangan ahli BAKAT Udara disamping dapat mencungkil bakat terpendam untuk mewakili BAKAT Udara ke pertandingan peringkat lebih tinggi.
2. Mengeratkan ukhuwah sesama ahli BAKAT dengan memupuk semangat kesukanan bersaing secara sihat.
3. Memupuk semangat bersukan dan kesihatan sosial serta meningkatkan kecergasan dalam kalangan ahli BAKAT Udara.
Pertandingan ini telah dimulakan dengan acara perasmian oleh Pengerusi Jemaah BAKAT Udara (JBU), Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan diiringi Timbalan Pengerusi JBU, Datin Sri Hajah Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor.
Pertandingan ini telah disertai sebanyak 31 pasukan yang terdiri daripada JBU, AJKK JBU, dan BAKAT Markas/Pangkalan/Unit. Para pemenang bagi pertandingan adalah seperti berikut:
Juara: PU Labuan A (Pn Zubaiza, Pn Nurul Hidayah, Pn Wan Sakinah, Lt Kol Norlela TUDM)
Naib juara: JBU B (Pengerusi JBU, Timb. Pengerusi JBU, Pn Salmiah, Pn Zaliza)
Tempat ketiga: PU Jugra A (Pn Suryatie, Pn Mimi Shahrina, Pn Norbazurah, Pn Patmawati)
Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang dan juga Puan Haslin binti Ismail selaku Pengerusi BAKAT PU Subang yang telah menganjurkan pertandingan ini dengan jayanya. Semoga pertandingan ini dapat mencapai objektif yang telah dirancang dan akan diadakan lagi pada masa akan datang.