PUTRAJAYA FORUM 2022 EDISI KE-6 MEMBAWAKAN TEMA ‘SHARED REGIONAL RESPONSIBILITY” MEMFOKUSKAN CABARAN ANCAMAN “NON-TRADITIONAL SECURITY”

1 2 3
4 5 6

 

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2022 - Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM hari ini telah menghadiri Putrajaya Forum 2022 yang diadakan di MITEC Kuala Lumpur. Ucaptama telah disampaikan oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada lebih 250 peserta forum yang terdiri dari pelbagai kementerian, agensi, pihak kedutaan, ahli-ahli akademik serta pelajar institusi pengajian awam dan swasta, perwakilan luar negara serta syarikat swasta dan industri pertahanan.

Turut hadir ke forum ini ialah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Indera Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM; AKS Operasi & Strategi, Mej Jen Dato' Zulkifli bin Hamid TUDM dan AKS MPOU, Mej Jen Mahadzer bin Amin TUDM.

7 5 9

 

Putrajaya Forum anjuran Malaysian institute of Defence and Security (MiDAS) dan Sekretariat DSA 2022 membawakan tema “Shared Regional Responsibility” menekankan kepada cabaran menangani ancaman “non-traditional security” di samping keadaan dunia semasa yang juga berhadapan dengan cabaran Covid-19.