SEMBAH MENGADAP PANGLIMA TENTERA UDARA KE ATAS KDPB SULTAN PAHANG

1 2 3
4 5 6
7 8

 

INDERA MAHKOTA, 17 Jun 25 - Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM di Istana Sultan Abdul Aziz hari ini.

Panglima Tentera Udara menjunjung kasih di atas perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda meluangkan masa mendengar sembah taklimat berkenaan pelaksanaan Majlis Makan Beradat sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia Ke-67 yang akan dilaksanakan di Zenith Hotel Kuantan, Pahang.

Turut sama dalam pertemuan tersebut adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mej Jen Datuk Mohamed Zahari bin Dato’ Hj Yahya TUDM dan Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brig Jen Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer