SUMBANGAN KHAS KEBAJIKAN SECARA ONE-OFF KEPADA PENJAGA ANAK ISTIMEWA TUDM

240699591 4372809219473357 8561472359588371365 n 238196005 4372809379473341 8410105929501916510 n 240384798 4372809292806683 2096242412058129080 n
240500242 4372809559473323 7632735105029877756 n 240556772 4372809472806665 344868616712500051 n 240887445 4372809619473317 3498101865246384864 n

 

KUALA LUMPUR, 2 Sep 21 - Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM mewakili Panglima Tentera Udara telah menyantuni warga TUDM yang mempunyai anak istimewa bertempat di Bilik Tetamu Panglima Tentera Udara. Beliau diiringi oleh Ketua Pengarah Sekretariat Markas Tentera Udara, Brig Jen Dato’ Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM bagi menyempurnakan penyampaian sumbangan khas kebajikan tersebut. Turut sama menyaksikan penyampaian sumbangan khas ini ialah Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Mohd Shahada bin Ismail TUDM serta beberapa pegawai Kanan TUDM.

Pada hari ini, lapan orang penjaga anak istimewa TUDM yang berkhidmat di Markas Tentera Udara telah menerima sumbangan khas secara ‘one-off’ dari Tabung Kebajikan TUDM. Mereka adalah di antara ibu bapa yang mempunyai anak syurga iaitu secara keseluruhan seramai 117 orang anak istimewa TUDM yang telah didaftarkan di dalam pangkalan e-data rekod dan bantuan kebajikan. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, seramai 100 orang anak istimewa TUDM adalah di kalangan warga TUDM yang sedang berkhidmat di semua markas/pangkalan/unit TUDM dan unit luar TUDM, manakala baki selebihnya adalah warga TUDM yang berkhidmat di Markas Tentera Udara.

Sumbangan khas kebajikan secara ‘one-off’ daripada Tabung Kebajikan TUDM berupa sumbangan wang tunai RM350 seorang adalah bertitik tolak daripada usul oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Hj Mohd Suhaimi bin Hj Sahri TUDM selaku Pengerusi Tabung Kebajikan TUDM kepada pucuk pimpinan TUDM. Usul tersebut sejajar dengan peranan TUDM sebagai sebuah organisasi yang sangat menitikberatkan hal kebajikan warganya termasuk ahli keluarga di tambah situasi pandemik Covid-19 yang juga turut memberikan kesan kepada warga TUDM. Semoga sumbangan tersebut dapat membantu meringankan bebanan kewangan yang ditanggung oleh warga TUDM yang mempunyai anak istimewa.