![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 2 Jul 2025 β Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datoβ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Panglima Wilayah Udara 2 (PANGWILUD 2), Mejar Jeneral Datoβ Haji Norli Hisham bin Alwi TUDM di pejabat beliau hari ini.
Kunjungan hormat daripada PANGWILUD 2 ini merupakan kunjungan rasmi pertama kepada beliau setelah mengambil alih tugas selaku Timbalan Panglima Tentera Udara pada 26 Jun yang lalu.
Pertemuan pada hari ini memberi ruang khusus kepada kedua-dua pucuk pimpinan untuk berbicang dan memberi pandangan masing-masing dalam memastikan kesiagaan dan keupayaan TUDM sentiasa berada di tahap optimun.
Selain itu, perjumpaan ini juga memberi peluang kepada PANGWILUD 2 untuk mendapatkan nasihat serta mandat daripada pucuk pimpinan tertinggi TUDM dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab beliau menerajui Wilayah Udara 2 selari dengan Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055.