FENOMENA FOREIGN TERRORIST FIGHTERS (FTF)

PENGENALAN

Fenomena Foreign Terrorist Fighters (FTF) ataupun pengganas asing merupakan satu bentuk ancaman keganasan yang perlu diberi perhatian semasa kerana ancaman ini telah menular dengan drastik dan belum ada petanda menunjukkan penurunan untuk jangka masa panjang. Kewujudan rangkaian FTF dalam aspek terorisme telah lama wujud dan semakin berkembang di era globalisasi dengan bantuan teknologi canggih serta mobilisasi dan migrasi dari satu negara ke negara lain. 2. Secara lazimnya, gerakan ini dilakukan secara transnasional iaitu gerakan merentasi sempadan sesebuah negara dan dilakukan secara rawak untuk mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa. Isu FTF semakin signifikan setelah pembentukan organisasi militan Daesh pada tahun 2013. Walau bagaimanapun, hakikatnya, isu FTF ini telah bermula sejak Perang Afghanistan di sekitar era 80’an yang memperlihatkan migrasi beribu-ribu pejuang asing dari pelbagai negara ke Afghanistan untuk menyertai perang menentang Tentera Soviet Union