![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Persidangan AAFET-WG ke-12 yang dianjurkan oleh Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) pada tahun ini adalah persidangan tahunan yang bertujuan untuk mengukuhkan persefahaman, membina sikap saling percaya dan mempererat kerjasama antara Tentera Udara di rantau ASEAN. Persidangan ini berlangsung di Yogkarta dari 5 hingga 7 Ogos 2025 dengan tema ASEAN Forging Ahead Together: Inclusivity and Sustainability of Non-Combatant Evacuations Operation (NEO).
Persidangan ini dihadiri oleh dua orang pegawai TUDM yang diketuai oleh Pengarah Bantuan MPPLU, Kol Zamzuri bin Talib TUDM dan PS 1 Kurikulum MPPLU, Lt Kol Richard a/l Bizikumarin TUDM yang turut berperanan sebagai sekretariat bersama bagi AAFET-WG dan ASEAN Air Chiefs Conference (AACC).
Dalam persidangan tersebut, para delegasi saling memberikan idea, bertukar pandangan, pengalaman dan amalan terbaik dalam pelaksanaan NEO. Persidangan ini turut membincangkan keperluan membangunkan ASEAN NEO Standard Operating Procedure (SOP) bertujuan memperkukuh penyelarasan pelbagai agensi serta menyerlahkan komitmen bersama ke arah kesiapsiagaan serantau yang lebih inklusif dan mampan.
Segala hasil perbincangan dan pendapat yang dipersetujui bersama telah diterjemahkan melalui Minit Mesyuarat 12th AAFET – WG, yang seterusnya akan diangkat semasa ASEAN Air Chiefs Conference (AACC) ke-21 di Jakarta dari 7 hingga 10 Sep 25.