AIR FORCE EAGLE FIGHTER TUDM RANGKUL KEJUARAAN RF3 BOXING PRO

1

 

 

KUALA LUMPUR, 9 September 2025 – Kehebatan peninju β€œAir Force Eagle Fighter”, Laskar Udara I Sheikh Rahmatullah bin Ibrahim, sekali lagi menjadi tumpuan apabila berjaya merangkul kejuaraan dalam RF3 Boxing Pro Championship yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Pertarungan sengit yang berlangsung sehingga tiga pusingan penuh itu menyaksikan LU I Sheikh Rahmatullah tampil dengan aksi bertenaga, berdisiplin dan berstrategi, sekali gus menewaskan lawannya dari Gerup Gerak Khas (GGK) melalui kiraan mata juri. Kemenangan ini menyerlahkan ketahanan fizikal, kekuatan mental serta kecekapan taktikal beliau dalam arena sukan tempur profesional.

Kejayaan ini bukan sahaja mengangkat martabat beliau sebagai atlet berprestasi tinggi, malah turut mengharumkan nama Pasukan Khas Udara (PASKAU) serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di persada sukan tempur negara. Ia membuktikan bahawa warga TUDM memiliki daya saing tinggi bukan sahaja dalam bidang ketenteraan, malah juga dalam arena sukan yang menuntut disiplin, fokus dan ketahanan luar biasa.

Pencapaian ini diharapkan dapat menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga TUDM untuk terus berusaha gigih, mengekalkan kecemerlangan serta melakar kejayaan dalam pelbagai bidang.

TUDM akan terus komited dalam melahirkan atlet sukan tempur berkaliber yang bukan sahaja mampu mengharumkan nama pasukan, malah berpotensi untuk mengangkat martabat negara di pentas antarabangsa.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
Β 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY