BENGKEL PENULISAN BUKU PANDUAN INOVASI ATM, PENERUS LEGASI INOVASI ANGKATAN MASA HADAPAN

1 2 3
4 5 6

 

KUANTAN, 8 Ogos 2025 – Markas Angkatan Tentera Malaysia melalui Bahagian Inspektorat Jeneral (Mk ATM-BIJ) telah menganjurkan Bengkel Penulisan Buku Panduan Inovasi ATM bertempat di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan. Bengkel ini merupakan platform bagi membina rujukan program inovasi yang berjaya dijalankan menggunakan format Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (HBKIK).

Buku panduan ini juga akan menjadi dokumen rujukan utama bagi mengurus dan memperkasa pelaksanaan inovasi di peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM), merangkumi aspek tadbir urus, proses penilaian serta pelaksanaan projek inovasi yang sistematik dan berimpak tinggi.

Wakil TUDM yang diketuai oleh Lt Kol Hairul Zaimy bin Ibrahim TUDM serta Mej Ts Muhammad Syafiq Syahmi TUDM, Mej Muhammad Soffian Jamaludin TUDM, Kapt Ts Muhammad Syahmin Suffendi TUDM dan Kapt Muhamad Azlan Mat Zuki TUDM telah memainkan peranan penting untuk penstrukturan semula isi kandungan, semakan terhadap proses dan piawaian inovasi, serta penyelarasan panduan dengan dasar sedia ada melibatkan ketiga-tiga perkhidmatan.

Timbalan Inspektor Jeneral Mk ATM-BIJ, Brig Jen Idris bin A. Wahab TUDM turut hadir bagi mendengar persembahan kerangka buku panduan ini. Penyertaan TUDM dalam inisiatif ini mencerminkan sokongan padu dalam memastikan agenda transformasi dan inovasi ATM lebih jauh kehadapan berpaksikan Angkatan Masa Hadapan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY