KOLABORASI TUDM (NO 2 SKUADRON) BERSAMA MBSJ HASILKAN KIK HYBRID

1 2 3 4

 

SUBANG, 22 Ogos 23 - Team The Executive dari No 2 Skuadron, Pangkalan Udara Subang yang diketuai oleh Kapt Muhammad Ikmal bin Zulkifly TUDM dan dibantu oleh Lt Nur Ain Fatma binti Rashid TUDM telah melaksanakan satu kolaborasi dengan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) berkenaan dengan projek ‘Smart Flood Detector’ 2.0 (SFD 2.0). Kolaborasi ini telah diberi sokongan penuh oleh Lt Kol Hassan Basri bin Tajul Arifin TUDM iaitu Pegawai Memerintah No 2 Skuadron kerana ianya merupakan satu kerjasama yang amat baik di antara pihak TUDM dan Agensi Luar.

Projek ini merupakan satu alat pengesan paras ketinggian air dan menghantar notifikasi kepada pengguna melalui ‘Short Massage Service’ (SMS) jika paras air sampai ke paras kritikal. Alat ini dapat memberi amaran awal banjir kepada masyarakat sekeliling dan juga boleh digunakan oleh agensi kerajaan yang terlibat dalam pengurusan banjir agar bantuan segera kepada masyarakat dapat disalurkan.

Tujuan kolaborasi Projek SFD 2.0 ini adalah merupakan usaha sama antara pihak TUDM bersama pihak MBSJ bagi membendung isu-isu bantuan lambat ketika banjir berlaku. Selain itu ianya juga bertujuan agar sistem penyampaian maklumat lebih cepat dan efisien. Projek ini bersedia untuk menyertai pertandingan Inovasi diperingkat ATM pada masa akan datang.

Perjumpaan ini juga turut mendapat sokongan Sekretariat Inovasi TUDM Lt Kol Mohamad Rosdzni bin Abdul Karim TUDM dan Mej Ir Hairul Zaimy bin Ibrahim TUDM (Ikon Inovasi Kementerian Pertahanan) dalam memberikan bimbingan dan dorongan agar dapat menjayakan kolaborasi ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada ‘Team The Executive’ dari No 2 Skuadron atas usaha dan inisiatif yang dilaksanakan. Semoga kolaborasi ini mampu membantu masyarakat di luar sana ketika menghadapi musim banjir.