KUNJUNGAN HORMAT CHIEF OPERATIONS OFFICER, MALAYSIA AIRPORTS SDN BHD KE KOMANDER PANGKALAN

1 2
3 4

 

SUBANG, 9 Sep 2025 – Ketua Pegawai Operasi (COO) Malaysia Airports Sdn Bhd, Kamaruzzaman Razali telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Komander Pangkalan, Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM, di Markas Pangkalan Udara Subang.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara Malaysia Airports dengan pihak pangkalan dalam aspek keselamatan, operasi, dan pengurusan lapangan terbang yang berkongsi kemudahan bersama.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak membincangkan pelbagai isu berkaitan keselamatan penerbangan, penyelarasan operasi, serta peluang memperluas kerjasama bagi memastikan kelancaran aktiviti penerbangan awam dan tentera.

COO Malaysia Airports turut merakamkan penghargaan kepada pihak pangkalan atas sokongan berterusan dalam memastikan operasi di lapangan terbang berjalan lancar, selamat dan efisien. Sementara itu, Komander Pangkalan menyatakan kesediaan pihaknya untuk terus memperkukuh kerjasama dengan Malaysia Airports demi kepentingan bersama dan keselamatan negara.

Kunjungan hormat ini diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata sebagai simbolik penghargaan dan tanda hubungan baik antara kedua-dua organisasi.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY