![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
“Bangga lihat sendiri anak kami beraksi!”
Itulah antara luahan para ibu bapa yang hadir dalam Program Demonstrasi Bersama Keluarga sempena Majlis Graduasi Kursus Basic Air Traffic Controller Officer (BATCO) Siri 47/24 dan Weapons Director Course (WDC) Siri 6/24 yang berlangsung di Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA).
Majlis Graduasi BATCO 47/24 diadakan pada 24 April 25, manakala Majlis Graduasi WDC 6/24 berlangsung pada 25 April 25, yang telah disempurnakan dengan kehadiran Trade Master cawangan masing-masing sebagai tetamu kehormat.
Objektif kursus BATCO dilaksanakan adalah untuk melatih pegawai supaya dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Pegawai Kawalan Trafik Udara merangkumi Aerodrome Control, Flight Information Service, Approach Procedural Control dan Pegawai Bilik Operasi semasa keadaan aman, kecemasan, kontijensi dan taktikal.
Manakala objektif Kursus WDC pula adalah untuk melatih pegawai menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai Weapons Director, iaitu pegawai yang berperanan penting dalam operasi kawalan pertahanan udara merangkumi misi pemintasan udara serta pemantauan ruang udara negara.
Di SKTU, ahli keluarga pelatih BATCO dibawa menyaksikan secara langsung sesi simulasi kawalan trafik udara seperti Radar Simulator System (RSS), Self Training Facility (STF) dan Aerodrome Control Training Simulator (ACTS).
Di SKPU pula, keluarga pelatih WDC pula diberi pendedahan mengenai perjalanan latihan pelatih melalui sesi walking brief, demonstrasi Air Combat Tactic (ACT) serta pameran statik Ground-Based Air Defence (GBAD).
Program ini berjaya membuka mata ahli keluarga tentang dunia latihan ketenteraan moden, selain menyemai rasa bangga terhadap usaha dan pencapaian anak-anak mereka yang kini bersedia menggalas amanah mempertahankan ruang udara negara. Selain itu, program ini juga menggambarkan tahap professionalisme dan kesiapsiagaan warga pelatih serta komitmen institusi latihan TUDM di dalam melahirkan para graduan yang berwibawa dan sedia berkhidmat demi agama, bangsa dan juga negara.