![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 7 Jul 2025 – Majlis Pemakaian Pangkat bagi anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Bahagian Operasi dan Strategi telah berlangsung dengan jayanya hari ini. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh AKS Operasi & Strategi, Mejar Jeneral Dato’ Hj Saharuddin bin Mansor TUDM.
Dalam majlis berprestij ini, empat anggota LLP telah dinaikkan pangkat ke Pangkuan Flait Sarjan iaitu Sarjan U Amir Affendi bin Za’aba, Sarjan U Nor Hakim bin Mohd Johari, Sarjan U Asri bin Atan Sulong dan Sarjan U Mohamad Ridzuan Azizi bin Mustafa.
Majlis ini merupakan satu penghargaan rasmi bagi anggota LLP yang telah menunjukkan komitmen dan prestasi cemerlang dalam menjalankan tugas mereka di Bahagian Operasi dan Strategi. Ia juga menandakan langkah penting dalam kerjaya anggota terbabit dengan pemakaian pangkat baharu sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi dan sumbangan mereka kepada organisasi.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua anggota yang dinaikkan pangkat. Semoga kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin semangat agar mereka terus cemerlang dan berdedikasi dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan.