![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 9 Jul 2025 – Ketua Staf MPOU, Mej Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM telah menyempurnakan majlis pemakaian pangkat kepada tujuh (7) anggota lain-lain pangkat bertempat di Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) hari ini.
Anggota yang dinaikkan pangkat ialah PW U II Mohd Nurul Hakimi bin Ismail, PW U II Mohd Faizal bin Ibrahim, PW U II Saiful Lail bin Basiman, PW U II Mohd Firdaus bin Abd Rashid dan PW U II (W) Nur Hidayah binti Rahmat telah dinaikkan pangkat ke PW U I. Manakala F/Sjn Mohd Khairuddin bin Mat Lazim dan F/Sjn Mohd Hafizi bin Salleh telah dinaikkan pangkat ke PW U II.
Tahniah diucapkan kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat. Semoga dapat menggalas tanggungjawab yang telah diberikan seiring dengan kehendak perkhidmatan. Turut hadir menyaksikan acara ialah Ketua-ketua Bahagian.