MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA MTU-SEKRETARIAT

1 2 4

 

KUALA LUMPUR, 7 Jul 2025 - Pengarah Sekretariat, Kol Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM telah menyempurnakan majlis pemakaian pangkat anggota Lain-lain Pangkat MTU-Sekretariat di pejabat beliau hari ini.

Dalam majlis ini menyaksikan PW U II Mohd Adha bin Ismail dari MTU-Sekretariat C bahagian Jasmani telah dinaikkan pangkat ke Pemangku PW U I mulai 7 Jul 25 manakala Sjn U Mohammad Haiful bin Hassan dari MTU-Sekretariat B dinaikkan ke pangkat Pemangku Flait Sarjan mulai 2 Jul 25. Turut hadir bagi menyaksikan upacara pemakaian pangkat ini PS 1 Tadbir, Lt Kol Mohd Israqy bin Mustafa TUDM serta para pegawai dan anggota MTU-Sekretariat.

Tahniah diucapkan kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat. Semoga kenaikan pangkat ini menjadi pembakar semangat untuk terus berkhidmat dengan cemerlang, berdisiplin dan berintegriti tinggi demi perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY