MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL & PENUTUP KURSUS KEPIMPINAN PEGAWAI WARAN (KKPW) SIRI 80/25

1 3 4
5 6 7
8 9 10

 

SENDAYAN, 3 Jul 2025 - Brig Jen Norazman bin Ismail TUDM, Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil & Penutup Kursus Kepimpinan Pegawai Waran (KKPW) Siri 80/25 yang bertempat di Dewan Feringghi, INSKEP.

Seramai 68 penuntut KKPW terdiri daripada pelbagai tred telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya. Objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk membentuk bakal Pegawai Waran Udara yang berkarisma dan mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan kelak.

Sepanjang tempoh kursus, peserta telah diterapkan dengan elemen kepimpinan yang efektif dan efisien melalui tiga (3) modul latihan iaitu Leadership, Military Ethics dan Military Drill.

Dalam ucapan penutup, Ketua Staf MPPLU menzahirkan harapan agar segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus dapat dimanfaatkan serta diaplikasikan sebaik mungkin di unit masing-masing demi mendokong kelancaran dan keberkesanan pengoperasian TUDM.

Selain itu, beliau turut menekankan agar setiap pegawai dan anggota sentiasa menjadi pemimpin yang mempamerkan contoh serta teladan yang terpuji (Lead by Example), di samping memahami keperluan, kemampuan dan kesejahteraan anggota bawahan (Know Your Men) dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Pendekatan ini diyakini mampu memperkukuh keupayaan organisasi dalam menghadapi cabaran semasa dan mendatang selaras dengan evolusi pembangunan teknologi masa kini.

Majlis turut dihadiri oleh Mej Syahrizan bin Kamaruzaman TUDM, Ketua Bahagian Latihan, Ketua-ketua Sekolah, para pegawai dan barisan jurulatih serta staf INSKEP.

Sekali lagi, sekalung tahniah diucapkan kepada semua penuntut yang telah berjaya menamatkan kursus dan selamat maju jaya.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY