Select your language

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL SERTA PENUTUP KURSUS INSPRA

WhatsApp Image 2026 08 11 at 15.37.35 WhatsApp Image 2026 08 11 at 15.37.33 WhatsApp Image 2026 08 11 at 15.37.35 1
WhatsApp Image 2026 08 11 at 15.38.09 WhatsApp Image 2026 08 11 at 15.38.10 WhatsApp Image 2026 08 11 at 15.38.11
WhatsApp Image 2026 08 11 at 15.37.34 1 WhatsApp Image 2026 08 11 at 15.38.10 1 WhatsApp Image 2026 08 11 at 15.37.33 2
WhatsApp Image 2026 08 11 at 15.37.35 2 WhatsApp Image 2026 08 11 at 15.37.34 2

 

KUANTAN, 6 Ogos 26 - Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Trade Instructor Course-Air Traffic Control Assistant (TIC-ATCA) Serial 12/26, Bomba Peningkatan Kelas I (Fire Controller and Supervisor Course) Siri 67/26 dan Kursus Bomba Kelas 1 (Advance Aero Firefighter) Siri 81/26 bertempat di Auditorium Sekolah Bomba Menyelamat (SBM) yang telah disempurnakan oleh Komandan INSPRA, Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM.

Kursus Trade Instructor Course-Air Traffic Control Assistant (TIC-ATCA) Serial 12/26 ini telah bermula dari 6 Jul 26 hingga 7 Ogos 26 melibatkan seramai lapan orang anggota LLP. Objektif utama adalah untuk melatih anggota bagi melaksanakan peranan dan fungsi sebagai seorang jurulatih yang berkelayakan.

Kursus Bomba Peningkatan Kelas I Fire Controller and Supervisor siri 67/26 pula telah bermula dari 13 Apr 26 hingga 7 Ogos 26 yang melibatkan seramai 19 peserta kursus dari TUDM dan 1 peserta kursus dari Rejimen 881 PUTD. Objektif utama adalah untuk melatih peserta kursus bagi melaksanakan tugas sebagai PTTK Bomba yang mampu memimpin operasi memadam kebakaran dan melaksanakan tugas pentadbiran Cawangan Bomba seperti yang dinyatakan di dalam RMAF Firefighter Occupational Specification.

Kursus Bomba Kelas 1 (Advance Aero Firefighter) Siri 81/26 ini telah bermula pada 6 Apr 26 hingga 7 Ogos 26 yang melibatkan seramai 15 peserta kursus.Objektik utama kursus Advanced Aero firefighter adalah untuk melatih peserta kursus supaya boleh menjalankan tugas mereka sebagai penyelamat yang mampu menjalankan dan memimpin operasi menyelamat seperti yang dinyatakan di dalam RMAF Firefighter Occupational Specification.

Di dalam kursus FCSC Siri 67/26. Anugerah Peserta Kursus Terbaik Keseluruhan telah disandang oleh Kpl U Musyrif Aizat bin Azmi manakala bagi kursus AAFC Siri 81/26. Anugerah Peserta Kursus Terbaik Keseluruhan telah disandang oleh LU I Muhammad Hanif bin Azmi.

Melalui ucapan penutup, Komandan telah merakamkan ucapan tahniah kepada kesemua peserta kursus dan turut memberi nasihat sebagai pedoman para peserta kursus untuk berkhidmat di unit kelak. Tahniah kepada semua peserta kursus serta semua jurulatih dan tenaga pengajar yang terlibat dalam penganjuran Kursus FCSC.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY