![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 26 Jun 25 - Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil serta Penutup, Kursus Bomba Peningkatan Kelas I (Fire Controller and Supervisor) Siri 63/25 dan Kursus Bomba Peningkatan Kelas ll (Fire Safety Technician) Siri 39/25 bertempat di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat (SBM) yang telah disempurnakan oleh YBhg Ketua Jurulatih Latihan, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM dan diiringi Ketua Sekolah Bomba dan Menyelamat, Mej Muhamad Zamri bin Harun TUDM. Majlis juga turut dihadiri oleh, Ketua-Ketua Sekolah dan Bahagian serta barisan Jurulatih INSPRA.
Kursus Bomba Peningkatan Kelas I (Fire Controller and Supervisor) Siri 63/25 ini telah bermula pada 3 Feb 25 hingga 4 Jul 25 yang melibatkan seramai 25 peserta kursus dari Tentera Udara Diraja Malaysia. Objektif utama adalah untuk melatih peserta kursus bagi melaksanakan tugas sebagai PTTK Bomba yang mampu memimpin operasi memadam kebakaran dan melaksanakan tugas pentadbiran Cawangan Bomba seperti yang dinyatakan di dalam RMAF Firefighter Occupational Specification.
Kursus Bomba Peningkatan Kelas ll (Fire Safety Technician) Siri 39/25 bermula pada 3 Feb 25 hingga 4 Jul 25 yang melibatkan seramai 17 peserta kursus juga dari Tentera Udara Diraja Malaysia. Objektif utama adalah untuk melatih peserta kursus supaya boleh mengaplikasikan prosedur keselamatan kebakaran bangunan, membuat tugas pemeriksaan, pengujian dan senggaraan sistem perlindungan kebakaran serta alat bantuan pernafasan seperti yang dinyatakan di dalam RMAF Firefighter Occupational Specification.
Anugerah Peserta Kursus Terbaik Keseluruhan bagi Kursus Bomba Peningkatan Kelas I (Fire Controller and Supervisor) disandang oleh Kpl U Muhammad Khaidir bin Sabirun. Manakala, bagi Kursus Bomba Peningkatan Kelas II (Fire Safety Technician) Siri 39/25 disandang oleh Kpl U Wan Nur Iskandar bin Rosdi.
Melalui ucapan penutup, Ketua Jurulatih Latihan, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM merakamkan ucapan tahniah kepada semua peserta kursus kerana telah berjaya menamatkan kursus dan turut memberi nasihat sebagai pedoman untuk terus berkhidmat di unit kelak. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada Ketua Sekolah Bomba dan Menyelamat, semua jurulatih dan tenaga pengajar yang terlibat dalam penganjuran kursus-kursus ini.