![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SENDAYAN, 8 Jul 2025 – Majlis Serah Terima Tugas Komander Pangkalan Udara Sendayan telah berlangsung di antara Brig Jen Azman bin Taib TUDM dengan Kol Narulnizam bin Razali TUDM. Majlis serah terima tugas yang diadakan di Padang Kawad, Markas Pangkalan telah disaksikan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM serta turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai PU Sendayan.
Seluruh warga Pangkalan Udara Sendayan merakamkan ucapan terima kasih di atas jasa bakti Brig Jen Azman bin Taib TUDM sepanjang memegang jawatan sebagai Komander Pangkalan dan sekalung tahniah kepada Kol Narulnizam bin Razali TUDM di atas pelantikan sebagai Komander Pangkalan yang baharu.
Selain itu, Badan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Pangkalan Udara Sendayan telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT di Rumah BAKAT PU Sendayan. Upacara ini berlangsung di Rumah BAKAT Pangkalan Udara Sendayan di antara Puan Che Noraini binti Hj Ahmad dengan Puan Zairah binti Zainal Abidin sambil disaksikan oleh Lt Kol Adisman bin Zahari TUDM, Penasihat BAKAT PU Sendayan. Turut hadir Datin Aida binti Ibrahim, Penaung BAKAT MPPLU melengkapkan lagi majlis ini.
Seluruh ahli BAKAT PU Sendayan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Che Noraini binti Ahmad di atas segala jasa bakti beliau sepanjang memegang jawatan sebagai Pengerusi BAKAT di PU Sendayan.