MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ZON TENGAH TUDM TAHUN 1446H/2025M

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

SENDAYAN, 24 Jun 25 - Pengarah Bantuan, MPPLU, Kol Zamzuri bin Talib TUDM telah merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Tengah bagi tahun 2025 bertempat di Auditorium Rajawali, Pangkalan Udara Sendayan.

Bersesuaian dengan tema majlis “Al-Quran Dihayati, Organisasi Diberkati” sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Tengah Tahun 2025, tema ini menyemarakkan lagi semangat cinta islam kepada Al- Quran selain untuk meningkatkan dan memantapkan lagi usaha untuk mengilap dakwah kearah memperkukuhkan keimanan dan ketaqwaan.

Seramai 18 peserta terdiri daripada wakil Markas Tentera Udara (MTU), Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU), Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU), Pangkalan Udara Subang, Pangkalan Udara Sendayan, Pangkalan Udara Jugra dan Institut Latihan Pengurusan Material (INSMAT) telah mengambil bahagian dalam 5 kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Pegawai, Kategori Qari LLP, Kategori Qariah LLP/ BAKAT, Kategori Qari Saudara Muslim dan Kategori Qariah Saudara Muslim.

Keputusan pertandingan Tilawah Al-Quran pada kali ini telah dimenangi oleh Mej Ir Dr Hj Aziizur Rahman bin Abdul Aziz TUDM dari PU Subang bagi kategori Pegawai, PW U II Samsudin bin Shafee dari MPBU bagi kategori Qari LLP, Pn Janatul Naim binti Abd Kader dari MTU bagi kategori Qariah dan Kpl U Muhammad Asyraf Stenlly Nius dari MPBU bagi kategori Qariah Saudara Baru.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer